Drama Pendek : Kehilangan 2, 2020
Sinopsis :
Drama pendek ini mengisahkan dua beradik, Azwan dan Azmin yang mendapat layanan berbeza kerana sikap pilih kasih bapanya, Tok Ali merangkap ketua kampung, Kampung Pegalan. Riwayat hidup Azwan mulai berubah apabila emaknya, Mak Leha meninggal dunia. Penyesalan Tok Ali kerana mengabaikan panggilan Azwan untuk memberitahu mengenai situasi ibunya yang sedang nazak dan tidak mempunyai bekalan ubat tidak berguna lagi. Tiga tahun kemudian, Azwan memulakan kehidupan baharu di kota dan memilih haluan hidupnya sendiri tanpa mengambil peduli soal keluarganya di kampung. Suatu hari, bapanya Tok Ali terkena serangan jantung setelah berjumpa dengan Pak Di di bawah pokok mangga. Semasa upacara menguruskan jenazah, Azmin gagal menghubungi Azwan. Tanpa disangka, Azwan terdetik untuk pulang ke kampung dengan hasrat meraikan Hari Raya bersama keluarga yang dirinduinya. Namun, sudah terhantuk baru terngadah, Azwan tiba dengan penyesalan yang tidak bertepi. Adakah Azwan dapat menerima takdir Tuhan ini dengan hati yang rela?
Barisan Pelakon :
Ikmal Bidkemd sebagai Tok Ali
Fatihah Khairunisa sebagai Mak
Aisy Hisyam sebagai Azmin
Hazim Saberi sebagai Azwan
Nur Fakhri sebagai Pak Di
Eva Vanessa sebagai Kak Ram
Farahanee sebagai Siti
Aidil Azriel sebagai Ustaz Hamzah & Amir